Selasa, 25 November 2008

IBu oOOOoO iBU

Sayangi mereka ketika mereka masih ada....
Semoga dengan apa yang dipaparkan menjadikan kita insan yang lebih mengutamakan insan yang bernama 'IBU'@'EMAK'@UMI@MAMA@MUMMY.......
Apa-apa saja panggilan kita ia membawa makna yang sama iaitu insan istimewa yang melahirkan kita dan memberi peluang untuk kita melihat dunia....
kita kaya apabila ibu bapa kita masih ada di dunia ni............. kita miskin apabila mereka telah tiada kelak.........
Selagi kita ada mempunyai ibu bapa jagalah hati dan perasaan mereka........Kalau kita sedar betapa berkorbannya seorang ibu menghabiskan masa, wang ringgit dan tenaga dalam menjaga anak-anaknya itu....
Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anaknya tetapi mampukan 10 orang anak menjaga seorang ibu?Orang kata ibu yang telah tua mudah terguris hati dan menjadi seperti kanak-kanak yang inginkan perhatian yang lebih terutama anak-anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh semasa kecil....
Marikan kita sama-sama renungkan terlalu banyak kisah yang dipaparkan di dada akhbar mengenai anak-anak derhaka yang tidak mengenang jasa kedua mereka. Masalah ini kerap kita lihat bila aidilfitri menjelang tiba pihak media mula mengunjungi rumah-rumah orang tua untuk melihat ibu bapa yang ditinggalkan oleh anak-anak mereka tanpa belas kasihan. Dimanakah perasaan itu pergi??????berkubur teruskah?????atau lenyap bersama harta dunia yang hanya pinjaman untuk kita selagi kita hidup di dunia ini..... Cerita-cerita di televisyen juga sering menayangkan cerita mengenai anak derhaka tetapi kadangkala kita mempersoalkan adakah anak-anak yang sanggup mengabaikan ibu bapa mereka sedemikian rupa?.... tetapi itu lah hakikatnya.... penulis skrip tidak akan mengarang skrip tanpa mengkaitkan dengan realiti....
Saya adalah anak ke lapan dari lapan adik beradik dimana enam perempuan dan seorang lelaki. Sekarang usia emak adalah 68 tahun dan emak dilahirkan pada tahun 1940. Tetapi ramai yang menyatakan emak kelihatan sihat dan tak seperti orang lain yang seusianya. Tetapi hakikatnya mungkin emak mungkin ingin menampakkan kepada anak-anak bahawa dia sihat dan tidak mahu anak-anak risau akan dirinya. Dia menahan kesakitan kerana dia tahu tiada siapa yang boleh menolong meringankan sakit kecuali redha dengan apa yang telah ditentukan olehNya.
Tapi saya tahu hati emak, bahagia melihat anak-anaknya bahagia dan derita apabila melihat anak-anaknya derita....Tetapi adakah anak-anak emak merasai semua itu???....
Hidup emak terlalu susah untuk membesarkan kami lapan beradik...Arwah abah hanya seorang penoreh getah yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap...Sebelah pagi selepas anak-anak ke sekolah bersama-sama arwah abah menoreh getah dan hanya akan pulang pada 12 tengahari untuk memasak makanan untuk santapan suami dan anak-anak yang akan pulang dari sekolah. Pada musim durian emak akan menolong arwah abah memikul durian cuba bayangkan kudrat seorang perempuan untuk memikul puluhan biji durian di bahunya. Tapi emak lakukan juga untuk sesuap nasi untuk anak-anak. Tiada paip untuk mandi, membasuh dan memasak hanya ada air perigi, tiada juga elektrik untuk menerangi rumah hanya ada api pelita. Tapi itu semua kenangan lama dan kadang-kadang sedih mengenangkan suasana itu kembali. Terlalu banyak kesusahan yang ditanggung emak demi anak-anaknya. Tetapi dengan rezeki tersebut alhamdulillah anak-anak emak boleh dikatakan 'menjadi' semuanya..kata orang duit tersebut BERKAT....
Apabila anak-anak emak telah bekerja, emak mula ‘berehat' dari mencari wang tambahan belanja rumah. Walaupun emak agak mewah tetapi emak seorang yang berjimat kerana dah biasa hidup susah sebelum ini....Hargailah mereka selagi mereka masih ada. Ya Allah berilah peluang untuk hambaMu membalas jasa emak yang terlalu besar kepada kami adik beradik dan mungkin tak terbalas.....tetapi selagi nyawa dikandung badan saya akan menjaga emak sehingga salah seorang dari kami menghadap ilahi........

Khamis, 23 Oktober 2008

SeLaMat HaRi LAhiR

SeLaMAt HAri LAhir ....Tup...tup...tup...rupa-rupanya dah 30 tahun dok menumpang kat bumi Allah nie...Bila fikir2 balik selama 30 tahun apa sumbangan yang dah dibuat kepada keluarga, negara dan agama? Macam x der apa2 jer....Argh camner agaknyer jika tiba2 dijemput oleh Allah..3 perkara yang tidak ada terputus jika anak adam itu meninggal dunia :-anak yang soleh ( x kawin lagi mana nak ada anak), ilmu yang dimanfaatkan (bukan pandai sangat nak ajar orang, ajar org wat jahat adalah agaknyer) dan sedekah jariah (lagi ler x der sengkek memanjang jer...) mana satu yang boleh selamatkan diri ini agaknyer??????????? Ya Allah semoga tahun ini bertambah keimananku, matang fikiranku, bertambah amal ibadahku, diterima amalanku, diampunkan dosa-dosaku yang lalu dan dimakbulkan segala hajatku...Ameen

Selasa, 7 Oktober 2008

SeLAMat HAri RaYA 2008

kak ngah n family...
abang n family...
kak cik n family...
kak tih n family...
akak n family...
adik n family...
amie n bunga...

Selasa, 30 September 2008

aIDilFiTRi....



ESOK, insya-Allah, tibalah 1 Syawal atau Aidilfitri - hari fitrah (kembali kepada kesucian) setelah sebulan menunaikan ibadat Ramadan, terutama puasa.
Allah swt memerintahkan kita mengakui kebesaran-Nya dengan gema takbir yang memecahkan kesunyian dan menggemparkan syaitan-syaitan yang dilaknati.
Ucapan takbir pada malam Hari Raya merupakan satu ucapan ibadah untuk meninggalkan Ramadan. Kita juga diseru mensyukuri-Nya dengan bertahmid, berzikir, memohon pengampunan, beristighfar dan menunaikan zakat fitrah.
Tegasnya, kita hendaklah melepaskan Ramadan dengan pelbagai amalan kebajikan yang akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak.
Dalam hal ini, Sayidina Ali ra berkata: 'Siapakah yang telah pasti diterima puasanya, supaya aku mengucapkan tahniah berbahagia? Siapakah yang bernasib malang, supaya aku dapat menyenangkan hatinya?'
Ibnu Mas'ud pula meriwayatkan: 'Wahai saudara-saudara yang telah diterima Allah puasanya, bergembira dan berbahagialah kamu. Kepada yang ditolak amalan puasanya, semoga Allah akan menutup bencana yang telah menimpamu'.
Dalam keriangan Syawal, usah lupa bahawa ada orang yang memerlukan bantuan dan belas ihsan untuk sama-sama menyambut Aidilfitri.
Mari kita renungi sifat Rasulullah saw yang amat mengasihi anak yatim serta menjaga kehidupan mereka.
Menurut sejarah, ketika keluar rumah untuk menunaikan solat berjemaah Aidilfitri, Rasulullah saw melihat kanak-kanak berpakaian serba indah bersuka ria dan bergembira menyambut kedatangan lebaran.
Namun, di satu sudut bangunan tua, baginda melihat seorang anak kecil yang tidak terurus dengan pakaian koyak, duduk menghadap dinding sambil menangis.
Nabi saw menghampirinya dan bertanya: 'Hai anakku, mengapa kamu menangis sendirian pada hari kita sedang gembira?'
Tanpa menoleh, anak kecil itu menjawab dengan nada sayu: 'Mereka punya pakaian baru, sedangkan aku tidak. Mereka tidak mahu aku menghampiri mereka kerana pakaianku buruk dan compangcamping. Dulu, ketika aku masih punya ayah, aku juga mengenakan pakaian baru, perutku kenyang, duitku banyak,' jelasnya.
'Di mana ayahmu, wahai anak kecil,' tanya Rasulullah.
'Ayahku sudah meninggal. Ibuku sudah bernikah lagi dan nasibku disesiakan sebab harta peninggalan ayahku dihabiskan oleh ayah tiriku,' jawab anak itu.
Nabi saw terdiam sejenak lantas berkata: 'Anakku, seandainya Fatimah jadi kakakmu, Ali bin Talib jadi abangmu, Hassan dan Hussain jadi saudaramu dan aku pula jadi ayahmu, apakah engkau suka?'
'Tentu sekali, ya Rasulullah,' katanya sambil memeluk erat kaki baginda.
Setelah anak itu mula bermain dan tertawa kegirangan, barulah Rasulullah saw meneruskan niatnya untuk menjalankan solat sunat Aidilfitri bersama segenap penduduk Madinah.
Kawan-kawan si anak kecil itu bertanya: 'Hairan sungguh. Dari mana kamu dapat ayah? Siapa ayahmu sekarang?'
Jawab anak kecil itu: 'Disebabkan ayah kandungku sudah meninggal, maka Rasulullah mengangkatku menjadi anaknya. Rasulullah adalah ayahku sekarang.'
Semoga amalan puasa kita diterima Allah. Berpada-pada menyambut ketibaan Syawal dan jangan lupa puasa enam. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

RaMaDan ooooo RaMaDAn...


Bulan Ramadan yang menjanjikan seribu macam pahala, sering menjadi rebutan setiap insan muslim. Masing-masing mengharapkan ganjaran pahala yang banyak bagi menampung dosa-dosa yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari.

Memenuhi tuntutan serta susulan tazkirah sebulan di bulan Ramadan

Fenomena yang sering berlaku di kalangan masyarakat dalam negara ini adalah ketidaksungguhan mereka meneruskan agenda dan aktiviti keagamaan, ia terhenti dengan berakhirnya Ramadan, seolah-olah Ramadan sahaja bulan untuk beribadat sedangkan bulan-bulan lain tidak perlu berbuat demikian.

Inilah kesilapan yang perlu diperbetulkan dari semasa ke semasa. Allah bagi pandangan mereka hanya wujud pada bulan Ramadan, sedangkan bulan lain bagi tanggapan mereka tidak perlu pengisian rohani. Apabila persepsi ini tidak diubah dari sekarang, mungkin ia akan dianggap betul oleh sesetengah anggota masyarakat. Akhirnya ia menjadi semacam budaya yang merugikan Islam dan umat Islam itu sendiri.

Syawal jadi bulan koreksi diri

Masjid-masjid dan surau-surau kosong dengan pengunjungnya selepas bulan Ramadan, kerana Syawal bagi pandangan sesetengah umat Islam adalah bulan 'rumah terbuka'. Oleh kerana puasa Ramadan juga sebulan, maka berbaloilah apa yang mereka lakukan bagi memenuhi tuntutan nafsu.

Kelas-kelas pengajian seperti ilmu fiqh, akidah tauhid, tafsir, hadis, sirah, tasawwur dan lain-lain hanya dihadiri oleh mereka yang sama juga, itupun tidak berkitab, hanya mendengar. Setiap kali masalah timbul, para penceramah menjadi sasaran untuk diajukan soalan yang sering berulang, sedangkan sepatutnya setiap apa yang didengar perlu dicatat atau berkitab supaya ilmu yang didengar itu bukan hanya ada dalam kitab, malah ia perlu difahami dengan betul sama seperti anak-anak kita belajar di sekolah masing-masing.

Kalau budaya ini berterusan seperti tahun-tahun sudah, maka ia akan melahirkan insan-insan yang tetap sama fahamannya, malah ia tidak meningkat ke satu tahap yang boleh dibanggakan.

Menurut satu riwayat, kalau amalan hari ini tetap sama dengan semalam, atau amalan esok tetap sama dengan hari ini, maka ia menunjukkan tiada satu pencapaian terbaik digarap oleh umat Islam sebulan dalam tazkirah Ramadan.

Alangkah ruginya masa berlalu, tetapi ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh insan-insan yang kurang prihatin atau peka kepada isu-isu agama mereka, sedangkan banyak persoalan dikemukan oleh para alim ulama’ dalam forum-forum mereka khususnya yang disiarkan menerusi laman-laman web Islam, antara tajuk-tajuk forum yang patut dihadiri oleh umat Islam di bulan Syawal bagi menggilap kemampuan daya berfikir mereka adalah:

1) Mengapa umat Islam berani menentang Allah secara terbuka?

2) Benarkah kita umat yang komited dengan Islam?

3) Benarkah amalan kita diterima Allah sedangkan kita tidak menyumbang kepada Islam?

4) Adakah kita sebaik-baik umat yang dikeluarkan Allah buat umat manusia sejagat?

5) Mengapa masih terdapat ramai umat Islam tidak menutup aurat?

6) Mengapa Allah bukan matlamat sebenar dalam segenap agenda hidup kita?

7) Mampukah umat Islam mengekang kemaraan musuh-musuh Islam dalam segenap aspek hidup mereka?

8) Dimanakah kita dengan Rasulullah s.a.w.?

9) Mengapa para isteri baginda Rasulullah s.a.w. tidak dijadikan role model kepada muslimah hari ini?

10) Bolehkah kita mati dalam agama Islam?

Dan banyak lagi, yang kiranya apabila umat Islam tidak bersungguh untuk memahami salah satu tajuk di atas sebagai jalan untuk memperkasa diri dengan elemen agama, sudah pasti mereka tidak akan menjadi umat yang berjaya dalam hidup.

Tindakan yang perlu kita buat selepas Ramadan

Justeru, bagi mengekalkan kelangsungan amal ibadat serta hubungan intim dengan Maha Pencipta, adalah disarankan agar saudara/saudari memastikan beberapa panduan di bawah ini:

1) Paling penting yang perlu anda lakukan sebelum yang lain, memohon pertolongan Allah SWT agar terus memberikan hidayat-Nya, menetapkan iman pada jalan agama-Nya serta memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan agama.

2) Kekalkan amalan takwa yang digarap ketika melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadan walaupun menjangkau bulan Syawal sebagai bekalan setahun untuk Ramadan akan datang.

3) Perbanyakkan beramal dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan untuk kelangsungan di bulan Syawal dan seterusnya seperti solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, banyak berdoa.

4) Banyak bergaul dengan golongan para Solihin seperti majlis zikir, nasihat, kaunseling dan tazkirah.

5) Memperdalami maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kehidupan para Anbiya’, Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, tokoh-tokoh sarjana Islam terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang pernah melonjakkan Islam, sama ada melalui pembacaan, mendengar kuliah atau cakera padat, kaset agama dan sebagainya.

6) Memperbanyakkan mendengar kuliah-kuliah fardu ‘Ain di masjid atau surau secara langsung ataupun kaset dan cakera padat (sebagai bahan rujukan tambahan).

7) Memelihara tuntutan ibadat khusus seperti solat lima waktu, mengqada’ puasa yang tertinggal kerana sakit, musafir atau uzur syari’e, kerana ia amat dituntut untuk dilakukan segera.

8) Memelihara amalan-amalan sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal, bersedekah, menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.

9) Membaca al-Quran, bermula dengan menghafaz surah-surah pendek dan menghafaz ayat-ayat penting sebagai pendiding diri seperti ayat kursi, surah al-Mulk, Yasin dan lain-lain.

10) Memperbanyak zikir dan wirid, terutamanya zikir Ma’thurat susunan Imam Syahid Hasan al-Banna.

11) Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hati, sama ada bergaul dengan golongan maksiat, menonton filem lucah, membaca majalah-majalah yang boleh melalaikan seperti hiburan dan lain-lain, mendengar muzik yang melalaikan dan banyak lagi.

12) Bertaubat lah kepada Allah SWT dengan kadar segera dengan menyesali apa yang telah dilakukan yang menyalahi hukum syarak dan berazam tidak akan mengulanginya pada masa-masa akan datang.

13) Berhenti dari merokok terutamanya jenama rokok milik Zionis Israel, Amerika dan Britain yang menghimpun dana bagi membeli senjata untuk membunuh saudara-saudara Islam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.

14) Menyesali atas perbuatan menghadiri program-program maksiat seperti hiburan yang melalaikan atau sukan yang mengalang diri dari menunaikan solat lima waktu.

15) Gigih untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah serta Rasulullah s.a.w dan bersedia melakukan segala perintah dengan penuh rasa tanggungjawab dan pasrah kepada arahan kedua-duanya.

Janganlah jadi golongan yang hanya mengenali Allah SWT di bulan Ramadan semata-mata dengan amalan yang banyak, malah jadikanlah diri anda sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa sepanjang masa./tajdid

_

Khamis, 4 September 2008

FiKir-FiKirKanLAh...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Jumaat, 29 Ogos 2008

AKu BuKaNNya....

AKU bukannya..CT KHADIJAH istri nabi yg dpt istana dr intan berlian, bkn juga CT FATIMAH istri Saidina Ali si miskin yg penyabar, bkn juga CT AISYAH istri nabi yg romantis, bkn juga CT ASIAH yg sgt sabar dgn karenah Firaun, bkn juga CT MARIAM yg mlahirkan pghuni syurga, bkn juga CT HAJAR istri nabi Ibrahim yg taat, bkn juga CT MUTIAH yg pertama sekali masuk syurga, bkn juga CT AMINAH ibu nabi Muhammad, bkn juga CT ZUBAIDAH istri Haron Ar-Rasyid yg pemurah....AKU hanya seorang wanita yang sederhana dan insan biasa yg masih lagi mengejar bayangan yg Allah jadikan begitu sempurna di dunia ini.... Kerana allah maha mengetahui apa terbaik utk diriku, agamaku didunia dan akhirat....

CintA

cinta ibarat seekor rama-rama..
semakin kita mengejarnya semakin jauh ia terbang..
meninggalkan kita...
biarkan rama-ramamu terbang bebas ke mana saja ia suka...
siapa tahu bila ia lelah & tidak sedar kewujudanmu ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu menumpang teduh dr panas hujan, badai duniawi dlm keadaan yg kau tidak sangka....
mgkin saja rama-rama yg kau kejar itu bukan rama-rama yg ALLAH peruntukan buatmu....

KeTenTuAN ALLaH

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabilakita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedarbahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

Khamis, 28 Ogos 2008

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.